Aug 8, 2012

KANG HEE GUN

Salam semua,

Again, another post berkaitan ngan korean stuff, haha. I don't know why i'm into this stuff right now, my only guess is, because its becoming worldwide trend. Don't get me wrong, slalunye lagu2 korea ni bagi aku sakit kepala, catchy camner pun, tapi this particular genre, give the soul to the beat. No, i'm not talking about K-POP, i'm talking about K-SOUL and there's one particular group that never fail to amaze me, Leessang. Two-men group yg betul2 curahkan bakat didalam karya mereka, lagu yg agak berisi, walaupun kebanyakannye lagu cinta.

Kang Hee Gun/Kang Gary

Tapi this particular post, hanyalah berkaitan dengan salah seorang ahlinya (sorry Gil, haha) dan beliau bername Kang Hee Gun, widely known as Kang Gary/Garie. Kenape beliau? sape2 yang penah tgk runningman tu mesti da bole agak, haha. Tujuan post ni di buat hanyelah semata2 untuk aku mencurahkan pandangan aku tentang dia nih. First of all, nicknamenye kat dlm rancangan runningman adelah Peaceful Gary, dek sebab salah satu game yang mereka main pada episod2 awal runningman yg menunjukkan "ketenangan" ekspresi muka beliau walaupun berada dalam situasi yg kecoh, siap masuk galeri runningman lagi, haha.

tenang sungguh riak wajah beliau, kekeke
Tapi bukan sebab itu je beliau dipanggil sedemikian, tindakannya yg agak happy-go-lucky dan slumber menjadikan beliau "fit for the title". Bagi yg baru kenal Gary mungkin menganggap beliau ni agak kurang pintar atau senang cite lambat pickupla. But here's news for you, beliau mungkin lebih berfalsafah dari yg korg pikir, being a rapper membuatkan beliau pandai membunga-bungakan ayat. Kisah pahit cintanya menjadi bahan api nyanyiannya and for some, he is considered charming walaupun org kate rupenye tak berape nak ade, haha. But wait, what's this?

Good Looking Man's voting result ~lolwut?  O_o
Haha, mythbusted, even the voter thinks he's better looking than Kim Jong Kook. Apepun fanbase Yoo Jae Suk tetap lebih ramai, haha. Anyway, all and all, how can someone manage to be so carefree yet having deep thought all at the same time? Pengalaman yang akan membentuk siapa kita, luaran dan dalaman.

Sampai arakian, complete sudah coretanku tentang mamat yg sorang nih. Anyway for those yg minat lagu yg segenre dgn Leessang ni, aku suggest dgr Sg Wannabe, they're more toward ballad, tapi tak salah kalo nak dengar, haha, juga hebat berkarya. Plus, setiap videoclip lagu diorg mesti ade short movie yg agak sedih yg seterusnye membangkitkan mood lagu tu, haha.


Mar 4, 2012

THE CHARMING FOOL

Salam semua,

Entitled : The Charming Fool, by definition, "he who has the charm, yet fool enough to love someone who does not love him." Haha, kira gentleman yg cintanye tidak terbalas lah nih. 

Ceritanye dlm 2 tahun lepas, dlm time2 nak final camnih, aku dpt satu cite korea dari roomate aku. At first, aku cam, "meh..." tapi trylah gak kan sebab katenye "cinta ringan2", just more towards humor/misunderstanding. Aku tonton sebab ade elemen School Rumble (katenye), so usha punye usha, terus tangkap layan. Citenye berjudul You're Beautiful/You're a Handsome man.


dari kiri  Yung Jong Hwa (Kang Shin Woo), Park Shin Hye (Go Minam/Go Minyu/Heroin), Jang Geun Suk (Hwang Tae Kyung/Hero), Le Hongki (Jeremy)
Haha, memang layan komedi salah faham yang melarat-larat nih. Cite dier tentang seorang protege nun (yg duk church tu) yg terpaksa menyamar jadi abg kembarnye yg sepatutnye menandatangani kontrak dgn sebuah kumpulan pemuzik popular, A.NJell. Terpaksa sebab tanak hancurkan harapan abgnye. harapnya menyamar jadi lelaki selama seminggu, last2 berlarut selama berbulan2. Cite die best sebab heroin lurus bak bendul, ditambahkan lagi dengan cara nak cover bagi x kantoinya yg kelang kabut. heronya dpt tahu x sampai seminggu, itupun mengugut sampai timbul rase syg. 

Kang Shin Woo (The Charming Fool)
Tapi yg dia x tahu ade lagi sorang yg dah tahu seawal mlm heroin tu debut. siapakah dia? dialah sang Charming Fool yg dikatekan, teammate diorg jugak, Kang Shin Woo lakonan Jung Yong Hwa. Menarik je aku tgk die nie, diam2 taruh hati kat perempuan ni, cinta pandang pertama. Niat dihati ingin kalungkan hati heroin, tapi gementar. So, pura2 jadi "abang yg baik hati kat adik lelaki" pun bolehlah. Hyung sana, hyung sini last2 terlepas jugak.

Time ber"hyung-hyung" (sebab kalo si heroin memanggil oppa sah2 terkantoi, idea si Kang Shin Woo juga sebab tanak si heroin mengantoikan diri sendiri) 
Dialah yg tenangkan si heroin mase sedih, bwk die meronda jln2 tanpa die sedari, simpan rahsia die yg die sendiri x tahu da terbongkar. Ade time die jeles kat suatu sudut nampak awek tu gembira ngan hero, spesifikasi watak karakter yang memberikan kita tanggapan yg die akan jadi jahat, rival pada hero. Last2 sampai ke akhirnya dia baik. Dia berival secara baik, like a sir kata org. Apabila cover heroin terkantoi dlm team, dia pura2 terkejut baru tahu, dan sebab kantoi tulah diorg berkapel secara palsu, lindung identiti heroin. Bikin panas hati hero.

Time memujuk hati heroin yg sedih

Time "seludup" heroin keluar dari bilik mandi lelaki
Apapun, hati heroin tetap kat hero, apabila si charming fool buat confesion, pinangannya ditolak mentah2. Aku ingat dia nak pegi meraung, tumbok2 dinding, tapi dia mengundur diri secara baik. Yg lagi best tu time nak dekat2 finale, time hero ngan heroin clash sebab ego si hero. Ingat dia pegi amek peluang tu untuk kalung hati sang heroin, tup tup, dia pegi advice si hero pegi cari balik si heroin. A nice guy he is, sanggup lepaskan cinta hatinya sebab dia terlalu cintakan heroin tu. Kiranya kalau dia menang cinta heroin tu pun aku x kisah, haha.

Time dia nak confess dan tidak kesampaian (last frame = speechless)
Apapun, couple nih nampak sweet. Diam2 dia jadi Knight in Shiny Armor (teringin je jadi cam watak nih, protect love one even though she didn't know )
Arakian, ade pulak ironinya selepas cite ni. setahun lepas cite ni kuar, kuar lagi satu drama, You've Fallen For Me/Heartstrings. Pelakonnya Park Shin Hye dan Yung Jong Hwa. Ironinya? Si Yung Jong Hwa pulak jual mahal sebab egonya, haha.



Bunyi cam forever alone je aku ni kan? Aku tak kisah pun, dapat jadi seorang yg baik hati cam watak Kang Shin Woo tu pun sudah memadai, cause you know someone is dearest to you, even just in your heart.

Feb 23, 2012

WANITA, KU BELAYAR SENDIRIAN~~

Salam semua,

Haha, cam agak pasrah je tajuk post nih. Tapi inilah yang aku mahu ketengahkan, adakah manis bercinta sebelum atau selepas berkahwin? bagaimana dgn anda. Pernah anda merasa bercinta dan akhirnya putus ditengah highway (no offense)?

"Bercinta selepas kahwin?", "kolotnya mereka", "x kenal maka x cinta" etc. sebagainya adalah ayat common yg slalu diberi berkaitan cinta selepas kahwin. Masyaallah, kalau kolotnye mereka, adakah mereka berdosa kerana berdua-duan ditempat yg line-clear? Mereka telah mengelakkan diri dari melakukan dosa zina yg menjurus kepada dosa lain seperti anak luar nikah dan pembuangan bayi secara terbuka disebabkan perkahwinan mereka. Kalau x kenal maka x cinta pun, kebanyakan org dahulu yg berkahwin sebelum bercinta bertahan lebih lame dari perkahwinan zaman skarang. Yg lain tu aku x boleh nak kate byk sebab aku sendiri pun belum kahwin, wakaka.

aku letak gambar ni sebab nampak nice

Di sudut cinta sebelum berkahwin pula, kita boleh detect sape pasangan kite, baru tahu yg madu itu racun, yg manis itu cuka. Abes sume perangai haram, halal pasangan anda dapat di survey. Bagi aku x salah bercinta sebelum berkahwin tetapi ringan2kan. Jadikan ia sebagai leverage utk kejinjang pelamin, bukan hanya bermain kata tetapi tetiba putus tanpa berita. Yg bercinta tu biar serius nak buat bini/suami, bukan hanya cinta monyet, bergayut-gayut kemudian jatuh. Apepun jagelah perasaan pasangan anda. ~sob2

Bercakap mengenai cinta sebelum berkahwin, kisah seterusnya metafora kisah aku, yg bercinta tetiba putus kat padang pasir,

"Aku, baru sahaja melepaskan seekor merbok putih yg tersepit kerana aku sang gagak yg kotor. Kepintaranku x dapat menutupi kekurangan diriku kerana dia hanya melihat pada rupa dan warnaku. Namun, aku melepaskannya bukan sebab keterpaksaan, tetapi kerana aku sedar siapa aku. Dan aku tidak mahu berdampingan dengan seekor merbok yang bermuka-muka, yg hanya berselindung di balik senyumannya.


Tidak kusangka selepas merantau ke negeri org, akan aku berjumpa sang camar yg mesra dan sanggup berkongsi hasil tangkapannya. Bagai bidadari kunjungan syurga, cukup susah ku melafazkan kata2 cinta kerna tidak mahu pisang berbuah dua kali. Sampai arakian 6 purnama, sang camar x ketahui, yang gagak hitam meminatinya. Satu nota telah diberi, menunggu jawapan sang camar yg x pasti. Tidak kisah akan jawapan diberi, asal camar tahu isi hati si pemberi."

Paham2kanlah, sedih aku mengenangkannya, sebab org lain x tahu. Ramai yg igt masih bersama dgn dia. Bile sahabat yg tahu bertanye "Ummi, mane ummi?", aku jawab dgn senyum terpaksa. "Ummi duk jauh kat hujung dunia, sebab tu aku berlayar sendirian~~" lalala. Dugaan duniawi, lagi pedih bila sang camar sendiri yang bertanya.

Nota Kaki : Dia dipanggil ummi oleh rakan universiti ku kerana aku dipanggil abah oleh mereka, haha ~lame gile


WAJAH RAHSIA HATI

Salam semua,

Macam pernah dengar je tajuk kat atas nih, kalau korang suka tgk cite2 lame mesti korang tahu, ini tajuk lagu Fauziah Ahmad Daud ngan Shiela Majid time diorg anak dara dulu, haha.

sori, gamba muda2 xmau letak, cun sgt  ~haha

Kenapa aku letak sebagai title? Sebab lagu inilah yang menggambarkan perasaan aku time mula2 aku nak berangkat ke UiTM Kedah nih. First time berjauhan ngan family, First time duduk kolej, dan pelbagai lagi 'First Time' lah senang citer.

Duduk kedah ni leh tahan, sebab kampung aku pun dekat jer, maunyer dapat kat Sarawak, mau meninggal dompet aku beli tiket flight. Nak dijadikan cite, teringin mencari sahabat2 baru. Sahabat yg sanggup berkawan dengan si pendiam yg segan silu nih.

Minggu pertama, minggu MMS, minggu Majlis Mesra Siswa, kiranye program introductory kitorg, resahnye dlm hati sebab minggu tu, keluarga dilarang bertemu pelajar. Sigh, sedih~ mengenang yg jauh. Apapun, disesi pengakhiran majlis ni, ada program dimana setiap kursus diminta menghantar wakil untuk memberi pendapat tentang program ini.

Wakil yg dtg dari kursus aku, mewakilkan diri dgn sukarelanya. "Wah, hebat!" aku fikir dalam hati. dia naik ke pentas dan terus menyambar mikrofon dari tgn mc. Dia membuka mulut dan berkata,

  "Ape kaba sume, sapa amek course grafik sila angkat tgn!"

"..."









Aduh, ape pelik sgt mamat nih nyer introductory, ade lebih kurang 800 org dlm dewan tuh, sume wat sunyi, ~ahaha. Apepun setelah kenal mamat tuh baru aku perasan, aku nampak diri aku dalam dia,

same preference with different personality. 

Bak kate orang 'jalan yg aku saje elak', kudo for this guy for having such charisma, tapi kesian, langsung x pandai buat kwn, ayat taching die ngan org bole bwk masuk glanggang.

Tapi aku kwn gak ngan die, sebab aku rase die mcm diri aku yg aku x mahu tunjuk kat org lain, Reverse Me la kirenye. Setiap kesalahan yg dia buat aku rase macam aku je yg buat. Ni bukan homo2 punye feeling, just remorse. Apepun die ni cam legend la kiranya, sampai setiap batch leh kenal die, ape2 masalah or kerja yg melibatkan software, beliau dahulu yg dicari, kemudian baru daku ~sob2.

Inilah gerangan halnya, Megat Hafiz Megat Syariffudin, MEGAT POWER!!!

Yg sedihnye, dah 6 semester kitorg kat sini pun, lecturer kadang bleh salah cam kitorg nih, haih~~

Itulah dia Wajah, Rahsia dan Hati harapnye fahamlah hendaknye isi coretan ni, ni BUKAN cite homo2 tau. time kasih.

PROLOGUE

Salam semua, salam pembukaan, salam perkenalan kepada yg singgah tanpa tujuan dkt blog yg hambar ini.

Sedar x sedar sudah hampir 3 tahun aku x sentuh blog nih, lastnye di update pade tahun 2009, itupun hanya 4 post, time tunggu result SPM (Sad~~ a sad blogger you are). 

Sekarang aku nak buka pekung baru, kerana diploma pun sudah pun sampai ke hujung, time aku tgh sibuk ngan projek final year dgn diploma show nilah aku mahu melepaskan coretan kenangan2ku (haha~ tensi nyer pasal).


for this post, i hereby copy paste this quote to begin my writing.

“Every new beginning comes from some other beginning's end.” 

and so, they said. 
Alas, until my next post, happy blogwalking!


Mar 25, 2009

LEMBU O LEMBU

ari smalam (rabu) gi klas mandu kelima. tah pesal tah abg ayem tu tak leh aja, tukar ngan abg ali lak. ok je ngan dia tp dia x bagi tengok gear "ko tolak je mane pun asl jgn tengok"~ujar beliau. "ingt! kita buat sume ni bukan utk diri kita tapi utk JPJ"~sambungnye. bunyi cam salah je teknik dia ni, tapi berkesan utk aku, haha. ala2 'for JPJ, we play by the book'.

overall, cam biase je klass aritu ~plain sightseeing.

tp mase balik tuh igt terus balik rumah sbb nak hujan, sampai kat satu simpang tiga, abg tuh ckp kona kanan ye kite gi Taman Universiti, amik sorang lagi pelajar. awk jd driver saye ye. huhu tak tau nak ckp ape, jln manyak lubang bole kemik rim tayar. abg tu lak tgh cakap ngan pelajar tu dlm handfon. tgh ckp tu dia nampak simpang tu tapi terlepas. nasib baik jalan tak sibuk aku ckplah buat u-turn kat situ. hah, bagus apply 3 point-turn yg awk dah blajar. masuk je tak jumpa rupenya ada lagi satu Taman Universiti.

sampai satu simpang ni, berdekatan dengan asrama kolej berdekatan, ada lebih kurang 15 ekor lembu digembala oleh seorang mamat india yg menaiki motor. Jenuh aku mengelak taik lembu yg bersepah kat tengah jln. di pertengghan jln tu ntah pesal (mamat tu salah bagi command kot) sekor lembu naik radang dan menonong meredah jln raya "brake, BRAKE!!!" dgn terkejut aku tarik handbrake justeru mati enjin. kakaka tak ley bla inilah dikatakan latihan endurance. bagus "kalau ade kecemasan yg takleh slowdown tarik je handbrake, tapi lain kali tekan brake kaki skali ye".

akhirnya sampai ke rumah pelajar tuh. lepas tukar seat, dia terus hantar aku balik, tu jer yg lain tu sume boring. anyway lembu o lembu, nasib baik aku sempat elak, kaloo tak remuk kete tuh.

Feb 16, 2009

MY AWKWARD MOMMENT (KURSUS KPP)

cite ni berlaku recently mase aku pergi kursus memandu 5 jam (KPP) pendek jer citer nyer.


alkisah bermula semasa kursus tersebut telah tamat. lepas abes thumbscan ngan amek segala kad yg patut. aku tunggulah kat depan entrance skola memandu tuh. mase aku dtg pagi tuh ade 3 org yg naik kete termasuk aku (pemandu dikecualikan).


jadi, yg naik kete tuh 2 org lelaki termasuk aku dan sorang perempuan (lagi skali, pemandu dikecualikan). so, time nak balik uh budak perempuan tuh duduk bapak jauh, bace novel. apepun kete sampai dulu kat dier. so aku play along lah. tapi lagi sorang mamat nih tidak kelihatan.


dah tuh sampai kat kete tuh aku tengok awek tu duduk blakang, aku pikir eh, apsal dier duk blakang nih. aku jengok front seat penuh dgn sgala mcm benda, buku lar, list nama lah dan sgalalah yg bekaitan ngan skola memandu. aku pun wat tebal muka gi duduk blakang. mase tuh jugak ah abg yg bwk kete tuh nak gi cari mamat sorang nih.


DAMN!! dia biar radio pasang kuat2 lepas tuh belah je tinggal aku ngan awek tuh duduk blakang. aku ngan dia dua2 buat bodo, dia baca novel dia aku lak tunduk pandang lantai kete. hendaknya radio yg dipasangnyer, hot FM. so time tuh penyampai radio tuh bercakap "selamat petang semua anda masih lagi bersama kami ******** dan *******, bla~bla~bla~ dan sekarang dengarkan lagu seterusnya hanya di hot FM" lepas tuh lagu pun mula, " Papa, jgn papa jahat, Jgn papa nakal sangat...".


cis sungguh, dah lah kekok duduk berduaan kat dlm kete, ditambahkan pula dgn back ground music 'Papa Jahat'. malu tul aku, brader tuh bukak dah lah kuat dia bukak tingkap lai tuh, sudahnyer org lain dlm kete yg pass through semuanya merenenung. akhirnya setelah 3 buah lagu diputarkan, barulah nampak btg idung brader driver ngan mamat lai sorang tuh.



anyway korg takyah bother nak tau pasal nama penyampai tuh kos aku sendiri pun lupa, CURSED YOU hot FM

MY AWKWARD MOMMENT (LANGKAWI)

haha, cite ni agak lame. Berdasarkan pengalaman aku kat langkawi. Mase tuh aku melancong ngan family aku dari 31 dis 08 hingga 1 jan 09 (2 hari, 1malam). name pun tahun baru jadi banyak ler pelancong asing kat saner




so, mase malam 31 tuh aku tidur lewat ah tunggu firework... mak bapak aku dah tidur diorang amik bilik lain. jadi bilik tuh aku sorang jer... time tengok citer (ALLY alah talkshow tuh).. ah~er camner yeh nak tulis, ade org ketuk pintu. ketuk gila gaban cam JAIS nak tangkap basah. aku pun bukak ahh. WTH!! org yg ketuk pintu cam gaban tuh minah US yg mcm drunk2 jer. dgn slambe dia cakap, "you look diffrent~~". aku pun cakap dlm hati, eh, saper lak nih? jadi aku pun tanye, "ah~er okayyy, do i know you?"

minah tu balas " cam, its me clare~hic, can i use your bathroom", aku pikir WTH no way, lepas tuh dier aku cakap ler, "err~ miss you got a wrong room". shit jer minah tu pun belah terhuyung-hayang. nak kate cun boleh la bagi A-, tapi nafas bau baeng tuh~ tapi nasib baek x jadi paper. silap2 mau jabatan agama dtg cekup.

anyway mase ari cek out tuh, akunyer famili terlambat lak. so ramai lah yg tengah menunungu kat depan kounter. bapak aku gi hantar kunci. aku ngan mak aku bawak turun beg ke lobi. entah camner.. KTINGGG!!! lif berenti tingkat 9. pintu pun bukak lepas tuh ade dua minah US nih masuk. satu yg drunk ari smalam tuh, lai satu tuh mude skit cam budak skolah, mengancam gak. ntah adik dier kot. eh~eh dier kenal lak den, siap nak salam lai. mak aku menjeling~jer cam bengkek pun ader.

apepun diorg bawak bagasi cam nak jadi warganegara jek, sudahnya berimpit lah~~ momment awkward aku nombor due, berimpit-impit bapak dekat, dah ler pakai baju camisole~ setiap kali dier undur blakang dier kena aku, nak kate feel pleasure mak aku kat sbla. so aku mantain kool~ tgh2 aku mantain tuh dia borak ngan adek dia, abih rambut blonde dia tu sapu muka aku~ tak tahan tuh bau cam PALMOLIVE SHAMPOO, (Me luv the erb, man).

anyway tu ler dier awkward momment aku kat langkawi, cuak aku kalo mak aku bace cite nih!

PROLOGUE

Sey, welcome to my not~so~good blog. Ya, kinda lame but hey, what the heck i'm a noob here. Anyway just holler when you have time ya. Kpd sesiapa yg mengenali diri ini jgn segan silu utk menyapa, kita sume hamba Allah SWT yg lemah dan kerdil. So ya, that's all folks HOLLER AND OUT!!

EXCLAMAT!ON CREW